Tuesday, January 31, 2012

CINTA & SUKA

   SUKA


  • Apabila kita SUKA seseorang kita akan selesa dengan dia.
  • Apabila kita SUKA seseorang kita jadi rapat dengan dia.

Monday, January 30, 2012

Takdir

   Mampu ke kita menukar takdir kisah kita? Segalanya tidak mustahil di dunia ini cume kekadang kita merasa lemah di saat-saat tertentu... Ada sesuatu yang tidak dapat aku lupakan sehingga aku cuma memikirkannya setiap detik... 

   Kamu adalah teman yang aku tidak dapat cari pengganti sehingga kini... Tiada sesiapa yang dapat menyerupai kamu... Akan tetapi aku sentiasa berusaha agar aku dapat mencari pengganti dirimu... Aku percaya suatu hari nanti aku akan dapat juga mencari seseorang seperti diri kamu cume aku tidak yakin, tidak yakin jika ada seseorang seperti kamu diluar sana...

   Aku selalu memerhatikan kamu cuma kamu tidak dapat melihat dan merasakan kehadiran aku... Sedaya upaya aku akan cuba melindungi diri kamu dalam diam... Aku sentiasa ada dengan diri kamu dan itu yang aku akan terus buat sehingga sampai satu detik nanti... 

Sunday, January 29, 2012

Tenang Tapi Deras

   Ketika jiwa meronta ingin berkata sesuatu aku menggenggam erat jiwaku agar tidak diketahui sesiapa apa yang ingin dirontakan oleh jiwaku... Aku menjaga dengan rapi jiwa dan perasaanku agar aku kelihatan sentiasa tenang ibarat lautan yang kelihatan tenang akan tetapi membawa arus yang cukup kuat... Segalanya aku tepis dengan senyuman kerana senyuman adalah pengubat dan kawan lakonan yang hebat...

Pemerhati Malam



  Bicara hati mengatakan sesuatu tetapi tidak dapat membenarkannya
bisikan akal fikiran menghalang bicara hati daripada membenarkannya
kadang-kadang aku kaku dengan tindakan aku...

   Bisikan hati kadang-kadang menjadikan aku gila tetapi gila akan sesuatu yang tiada bayangnya
menjadikan aku pencari dalam gelap yang mencari bayang-bayang yang tidak akan kelihatan
menjadikan aku pemerhati dalam gelap...

   Menghayati setiap bisikan dan bicara hati menjadikan aku gembira
walaupun aku hanya sekadar pemerhati malam...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...