Ketika jiwa meronta ingin berkata sesuatu aku menggenggam erat jiwaku agar tidak diketahui sesiapa apa yang ingin dirontakan oleh jiwaku... Aku menjaga dengan rapi jiwa dan perasaanku agar aku kelihatan sentiasa tenang ibarat lautan yang kelihatan tenang akan tetapi membawa arus yang cukup kuat... Segalanya aku tepis dengan senyuman kerana senyuman adalah pengubat dan kawan lakonan yang hebat...
Aku tidak memiliki apa-apa keistimewaan tetapi aku memiliki banyak kekurangan... Dan aku juga tidak mengharap memiliki apa-apa keistimewaan kerana aku bukanlah manusia yang layak untuk memiliki keistimewaan...
Kekurangan dan kelemahanku banyak mengajar aku untuk terus memperbaiki diri... Walau masa yang diperlukan adalah seumur hidupku aku akan terus memperbaiki segalanya meskipun hakikatnya tidak wujud kesempurnaan di dunia ini...
Aku akan terus mengunci jiwa dan perasaanku ini selagi kata-kata hatiku mengatakan begitu... Biarlah kata hati yang membuat keputusan bagiku kerana aku tidak pandai dalam menyelami jiwa dan perasaan... Semoga suatu hari nanti akan bertemu dengan ketenangan yang kekal...

No comments:
Post a Comment